Thursday 27 March 2014

HANA TAJIMA

weeeeeee , do you remember about hana tajima ? alaa , yg buat tutorial pasal tudung dkt youtube tu . Tapi aku bukan nak story psl hana tajima , but my little sister yg berangan nak jd hana tajima . Ada satu malam tu , aku tgh kemas almari aku . Aku pun bwk keluar tudung-tudung yg pernah aku beli . Collection aku la . Banyak la jugak . Lepas tu aku terpandang satu shawl warna purple yg aku beli masa form 3 dulu . Masa tu lil sis aku ni ada kat tepi . Dia ambik and main lilit2 dekat kepala . Haha . Aku pun apa lagi , ambik kamera la . Aku cakap ' Lisa , jom buat tutorial tudung' . Nah , tgk gambar dia ni .

 Okay , mula2 macam ni . Pakai shawl , senyum sikit bagi nampak gigi :D

 Lepas tu bagi kemas sikit , kasi cun la :P

 Lastly , main lilit je dekat kepala sampai jadi macam ni . Bhaha :B

Taraaaaaa ! Senang kan tutorial ni tak payah pakai brooch , jarum bagai . Haha

The end . Im just kidding and sharing about what happen around me :D


Thursday 20 March 2014

SPM RESULT


DUP dap dup dap ! My heart is beating so fast ! Arghhhh !
11.45 malam (19mac2014) . Mata tak boleh pejam lagi , asyik teringat esok esok esok .
'Rileks nida ! Macam la tak pernah ambik result sblom ni. Kan ?'
'Itu exam lain , ni exam lain , exam yg terbesar dalam hidup budak sekolah.'
Akibat dah tak larat nak berperang dengan jiwa , terlena jugak aku . Entah pukul berapa tak pulak aku sedar .

9.44 pagi (20mac2014) . Linda was came to my house to fetch me . Yeahhh ! We are going to take our SPM result !
11.00 pagi (20mac2014) . Arrived at school . Waiting in the car while eating mc chicken muffin . (Bak kata atika , sempat lagi hampa makan burger pagi2 , haha)

After 10 minutes , pergi masuk dewan and nampak cikgu hamidah dekat meja ambik slip tu . Pergi dekat cikgu , slip aku atas sekali ! Masakkk ! Semua kawan2 yg ada kat situ semua tgk slip tu and counting how many A's i got ! Ouchhh ! Sebab dtg lambat sgt habis semua A org lain kutip dulu . Macam tu la aku ckp dekat ayah aku . Haha . Lepas tu salam dgn teacher Haliza . She give me a big hug . Masa peluk tu sempat lagi teacher tanya 'How your english' and i say 'Alhamdulillah , i got it' .

Cuba usha gambar dekat atas tu , uncle handsome , smart Bill Gates ! Read it .

See ? Siapa cakap gagal sekali akan gagal selama-lamanya .Result aku ? Alhamdulillah , aku bersyukur sgt walaupun tak mencapai target sekurang-kurangnya aku pass semua subjek . Dan yg paling tak percaya , subjek yg paling aku taksuka (Math) aku dapat A . Masa trial kan aku dpt D je . Bukan aku sorang je terkejut beruk , cikgu sendiri pun terkejut . Haha , lepas tu apa lagi , dpt la pau 'duit raya' dari cikgu Norizah . Mak , kakak , adik semua la terkejut . Dari D lompat pergi A .Bangga la jugak . Hehe .Terharu , gembira , semua ada la . Alhamdulillah BM dan English pun aku dpt A . Nak apply tesl sbb aku mmg minat sgt dgn bahasa 'omputih' ni . Tak rugi tau kita belaja bahasa lain selain dari bahasa melayu .

Last but not least ,
Untuk yg berjaya tu , CONGRATULATIONS ! Korang memang hebat !
Untuk yg tak berjaya , dont be sad . Allah will give you a second chance to improve yourself one day . Believe that ! Be proud and say ALHAMDULILLAH :)

Monday 6 January 2014

SAYA NAK KURUS !!!

Hwarghhhh. Tensionnya aku. Berat badan naik meendadak. Hancuss azam tahun baru aku. 60 lebih wey berat aku, agak-agak la kan. Tak padan dengan ketotnya. Haha. Aku try jugak usha dekat google tadi tips diet and aku terjumpa satu blog ni. http://beratbadan1001.blogspot.com/.
Aku baca, macam best je. Semua tu memang dah tahu cuma tak amalkan je haa. Nazira, kalau hang baca post ni aku pun rasa hang patut ikut tips ni. Kata nak kurus kan :D

 1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
 2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

 Kurangkan makan nasi? Roti? Hmm. Aku tak suka roti. Takpe. Demi nak kurus aku sanggup telan :/ Tapi yang no 2 tu yang susah sikit. Aku ni dah la malas nak kua, tambah nak pegi jog. Dah ar takde org nak teman. Takde moral support langsung ni!!!

 * Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
 * Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
 * Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
 * Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
 * Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
 * Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
 * Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
 * Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap.

 Yang last ni yang tak tahan! Favourite aku dah la benda alah tu. Silap2, sampai habis coklat tu aku telan. Hehe. Korang tolong bagi moral support dekat aku ye :) Aku nak sangat kurus :(

 SAY NO TO OBESSSSSS !

Sunday 5 January 2014

I WILL MISS THIS MOMENT :)

2014. Ni post pertama aku dalam tahun ni. Harini Farahin dah pegi PLKN. Semoga hang tabah dan kuat dekat sana walaupun aku tau hang tak rela nak pegi kan. Semalam dapat jugak aku spend time dgn kawan-kawan tersayang aku termasok la cik kerempeng(farahin). Haha. Best sgt sampai rasa mcm taknak balik. Eh, yeke sampai mcm tu? Hmm, rasa sedih pun ada jugak. Kami pegi Taman Tasik. Ni semua atas request Farahin so kami ikut jela. Yang keluar smlm aku, Atika, Nazira, Aidah, Atin, Sha ngn Kila. Farina dgn Lin takde. Hmm, sedihhhh :'( igtkan dpt jumpa semua classmates(girl sahaja) semalam. Okayyyyy lah. Aku taknak ckp pasal sedih-sedih ni nanti hujan pulak mcm semalam.

ni gambar kami enam org. Punya usaha nak bagi masuk semua org guna kamera dpn. Masa ni Sha dgn Kila tak dtg lagi.

Aku tau gambar ni cantik sebab aku yang snap. Haha. Sampai Atika buat cover photo. Tapi syg, gambar aku takde. Sentap sat :'(

Haaa , ni la Sha dgn Kila. Gambar ni cantik, comel, cute. Hehe. Thanks sebab dtg walaupun motor Kila tayar pancit. Kami mintak maaf naa sebab tak dpt tlg pasal motor tu :(

Kami naik itik besar ni la. Best. First time naik. Aku, Atika, Sha ngn Kila naik sekali. Atin ngn Farahin. Aidah ngn Nazira. Yang naik dua-dua tu katanya nak romantik. Romantik la sgt :P

Me with Sha :)

Finally dapat jugak gambar ramai-ramai camni. Thanks to akak yg tolong snapkan gambar ni. ILOVEIT

This girl are going to PLKN today. We will miss you dear!
Nanti hang balik kita spend time sesama tau!!!!

That's all. Semalam hari yang paling best penah aku rasa masa spend time dgn kawan. Walaupun sekejap tapi aku akan rindu semua tu. It is a good starting for 2014. Aku harap hubungan persahabatan ni akan kekal sampai bila-bila. Hilang pakwe takpe , jgn hilang kawan ! ILY FRIENDS







Thursday 19 September 2013

JAMUAN AKHIR TAHUN 5SC XD

ASSALAMUALAIKUM readers ..
nampak tak gamba dekat ats tu ? tu gamba budak kelas aku . ada 13 je , 11 perempuan 2 lelaki . semalam 17/9/2013 kelas aku buat jamuan . best gilaaaaa ! haha . mmg byk gamba aku snap . dgn FFE pun ada . hoho . banyak makanan , ramai cikgu datang . biasa laa . tahun last kan .
ini la cikgu hani . cikgu yang mula-mula datang . hehe . ros biru tu khas untuk cikgu-cikgu perempuan yang dtg . cikgu nie cikgu yang paling ceria dkt skola but sometimes dia garang sikit . haha !

he is my ffe ! haha . aku rendah je -__-

kami semua comel kan ? hoho >.<
kak rose , thanks sebab dtg . haha (dtg tgkp gamba je pown) . soryyy , gamba kita dua tu tak dpt dikesan . sayangnye :'(

taksah la kalau takde gamba kite dua kan cik tika :D

cikgu nie kuat makan tau ! haha - cikgu yus

in purple theme . cantik kan tshirt kami X)

sedap k sedap ! balik rumah teros aku makan . licin habis . haha

kamera depan :)

kami geng ! 

big boss . atika's favourite teacher :p

lin dgn farina duduk ayu je . haha

okey , ffe nak balik dah . byeeee2

masa untuk mengemas :)
alhamdulillah semua beres

dah habis kemas snap gamba dkt kolam pulak . hehe
belon tu kami punya tau !

aku paling suka gamba ni . cantik
thanks to khairi .

dekat tangga pejabat pun jadi lah ! haha

geng sha . lin , farina , kila 
cantik je belon tu naik atas 
kami nak buat tak jadi la pulak .

ini la aku . 
alias's daughter 
crush ...............

that's all . thanks dekat cikgu hamidah sebab support , semoga cikgu selamat dkt makkah nanti n cikgu tolong la doakan kami ye ! thanks jugak dekat classmates sebab berjaya jlnkan jamuan nie especially geng farina . thanks jugak dekat cikgu-cikgu yang dtg walaupun sibuk ! thanks to all of you . syg korang sgt-sgt . 
assalamualaikum

lot of love-asnida