Monday 6 January 2014

SAYA NAK KURUS !!!

Hwarghhhh. Tensionnya aku. Berat badan naik meendadak. Hancuss azam tahun baru aku. 60 lebih wey berat aku, agak-agak la kan. Tak padan dengan ketotnya. Haha. Aku try jugak usha dekat google tadi tips diet and aku terjumpa satu blog ni. http://beratbadan1001.blogspot.com/.
Aku baca, macam best je. Semua tu memang dah tahu cuma tak amalkan je haa. Nazira, kalau hang baca post ni aku pun rasa hang patut ikut tips ni. Kata nak kurus kan :D

 1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
 2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

 Kurangkan makan nasi? Roti? Hmm. Aku tak suka roti. Takpe. Demi nak kurus aku sanggup telan :/ Tapi yang no 2 tu yang susah sikit. Aku ni dah la malas nak kua, tambah nak pegi jog. Dah ar takde org nak teman. Takde moral support langsung ni!!!

 * Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.
 * Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.
 * Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.
 * Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.
 * Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.
 * Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.
 * Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.
 * Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap.

 Yang last ni yang tak tahan! Favourite aku dah la benda alah tu. Silap2, sampai habis coklat tu aku telan. Hehe. Korang tolong bagi moral support dekat aku ye :) Aku nak sangat kurus :(

 SAY NO TO OBESSSSSS !

No comments:

Post a Comment